Ratu Kain


RATU KAIN : SATU RUMPUN, SATU WARISAN
No.Rujukan : 978-967-0372-38-9
Ada : Ya
Muka surat : 26
Harga : RM 60.00
Tahun diterbitkan : 2020
Penerbit : Jabatan Muzium Malaysia
Sinopsis/Abstrak:
Ratu Kain adalah katalog pameran yang menyatukan seni tenunan songket di bawah satu platform bertujuan mengangkat nilai dan martabat songket ke peringkat tertinggi dan global. Katalog pameran ini umumnya mengetengahkan pelbagai jenis songket; lama dan baharu yang didatangkan daripada beberapa negara ASEAN sama ada daripada institusi tertentu seperti muzium, persatuan mahupun koleksi orang perseorangan termasuk individu-individu ternama.
Buku yang sarat dengan maklumat dan foto-foto menarik dikupas dan diperincikan di dalam tajuk-tajuk songket seperti simbol dan perlambangan, corak dan ragam hias, peralatan dan struktur alat tenun, penggunaan bahan dan lain-lain tajuk menarik untuk dibaca dan dihayati. Buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambar menarik dan eksklusif sewaktu pameran ini berlangsung.